Wednesday, May 11, 2011

Cara bercakap,menulis mencerminkan kita jenis manusia apa.


Isu hangat sekarang ni kat fb n kat blog..kutukan2 tentang wanita bertudung yang salah cara pemakaiannya..
hahah aku x amik port pon..sbb segan ah x pakai tudung..
tapi bile ade org yg x bertanggungjawab post2 gbr girl2 kat fb..siap buat page..
tunjuk bende2 yang x sepatutnya..dan x diblurkan muke sipolan tu..
aku rase cukup melampau la..

aku pun perempuan jgk.. kalau aku sebagai pompuan bertudung lagi la aku rase aib
memang betul, ade point kenapa org tu buat cmtu..pakai tudung x sepatutnya tunjuk tempat yg x sepatutnya..tapi tolong la..jgn simply aibkan org..klu diblurkan muke pon..sebagai tuan punye badan..akan perasan kot..sape empunye badan..lagipun setiap manusia ade hak dia nk buat ape pun..dia nk pakai ape pon..
klau pelik2 ke ape ke..diam je la..nk kutuk ke nk ape ke..xperlu nk hebahkan dgn paste gbr org kat blog ke buat page ke..dia bukan sakitkan idup kita pun..
kita pun ade hari kita selekeh..ade hari kite xsenonoh..

klau orang tu nak menghukum.. 'dosa' keatas girl2 tu.. sedarlah diri..tindakkan dia yang post gbr2 org tanpa kebenaran dengan tujuan mengaibkan..kan lagi berdosa.. nk mintak maaf kat sape?? klu girl2 tu sume berdosa..dia boleh bertaubat..xde masalah..diorg tak g
anggu hidup sesape pon..

Bile aku tengok komen2 kat page tu..kebanyakkan lelaki yang komen..hahhhh!! hipokrit..
"ape la pakai mcmtu..nmpk ini nmpk itu.. kite yang tgk ni kite yang berdosa"
"xsenonoh la.. bla..bla"
hellllooooo~ lelaki..jgn hipokrit sgt..kalau tgk gbr2 bogel..film2 satu
kaler.. pornstar omputeh tu..boleh plk.. x dosa ke?? alamak hipokrit.. klu da nmpk bnd dpn mate..jgn la tgk lagi.. jgn nk kutuk2..padahal..naluri lelaki..mcm la pompuan skrg x tau ape yg laki nak..plsss jgn hipokrit..

nak tegur mesti kene dengan cara nya..org pakai tudung salah..org buat pekara sumbang..org merokok.. org buang anak..org kurang ajar..even GRO pon ade cara nk tegur..bukan dengan cara mengaibkan org lain,kutuk keji herdik maki hamun.. nasihat org x terima satu..dapat dosa pn satu hal gak.. nak berdakwah bole..xsalah..tapi kene la ikot cara betul..jgn main serbu je..


p/s: semalam ade gak komen2 ngn sorg member kat fb pasal bnd ni.. dia ade cakap..

"you are what you say/write. Cara bercakap/menulis dah menunjukkan siapa kita"


so org bole tau kite ni jenis org yg mcmane.. percakapan ke penulisan kita tu didorong oleh rase tanggungjawab nk menegur atau pun ade masalah peribadi/bias..ingt la..org memerhati kite..

Nak marah2? PMS?

Bile nak period mesti rase nak marah2..rasa nak pukol orang..rase nk cekik2 orang..hahaha
Kenapa? PMS la ..of kos..:D
Bf aku sangat alert dengan benda2 ni.. Dia tau bile sampai masa yang dia perlu berhati2.. Dia sangat paham aku ok..hahaha (Ada org ni ckp..kesian bf aku..aku kuat mara2..aku ni aku tu..hahah Jeles ke ??cermin diri dulu baru ckp aku) hahaha ^__^
Aku kalau PMS..selain simptom2 nk mara..bosan..xslese..sakit..aku menggila nk makan..
macam hantu..hantu pn x mcm aku..hahaha paling menggila nk mkn coklat..aiskrim..pendek kate..yang membulatkan badan la..hahahah so nk share cket fakta pasal PMS..cikidautt~




PMS

Beberapa hari sebelum kamu didatangi period kamu mungkin sedikit pemarah. Kamu senang memarahi adik kamu hanya kerana dikejut sedikit awal daripada biasa. Kamu rasa diri kamu gemuk, kembung dan sentiasa lapar sepanjang hari. Teman lelaki kamu tidak memahami kamu dan kamu merasakan yang kamu memerlukan ruang untuk bersendirian kerana dia kerap menaikkan kemarahan kamu.

Kebanyakan gadis remaja atau wanita muda akan mengalami perubahan sikap dan tubuh badan beberapa hari sebelum didatangi haid. Ini bukan tipu-tipu kerana ada nama khas untuknya. Ia dipanggil PMS atau Sindrom Prahaid. Kamu pasti pernah dengar akan PMS daripada ibu atau kakak kamu. Mungkin ayah kamu juga pernah mendengarnya.

Apa itu PMS atau Sindrom Prahaid?
Keadaan ini terjadi kira-kira dua minggu sebelum bermulanya haid kamu berbeza dengan dismenorea yang terjadi ketika bermulanya haid kamu. PMS biasa terjadi pada wanita berumur wanita yang sihat juga turut mengalaminya. Wanita yang sedang PMS akan mengalami perkara-perkara di bawah beberapa hari sebelum didatangi haid:

  • Perubahan emosi. Kamu mungkin pemarah daripada biasa. Kesesakan lalu lintas dan cuaca yang panas boleh menaikkan kemarahan kamu. Perkara remeh juga boleh menyebabkan kamu menangis.
  • Kamu perlukan masa untuk bersendirian. Beberapa hari sebelum haid, kamu mungkin mahu ruang untuk kamu sendiri . Kamu lebih selesa duduk di dalam bilik beberapa jam dan tidak peduli menolak jemputan ke keraian.
  • Saya kembung. Kamu merasakan diri kamu gemuk, hodoh dan kembung beberapa hari sebelum haid. Kamu juga mungkin merasakan sedikit kesakitan otot dan payu dara kamu menjadi lebih sensitif terhadap sebarang sentuhan.
  • Mengidam! Kamu akan mengidam beberapa makanan dan tidak menghiraukan makanan lain. Kemungkinan juga kamu hanya mahu makan makanan yang manis dan masam.
  • Tahap konsentrasi yang lemah. Kamu menjadi cemerkap dan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk menyelesaikan tugas.

PMS dan Penyebabnya:

  • Ketidakseimbangan hormon. Peningkatan estrogen dan penurunan progestrone yang merupakan hormon utama perempuan boleh menyebabkan PMS. Estrogen membuatkan tubuh kamu menyimpan lebih banyak cecair dan ini menjelaskan kenapa kamu merasa kembung dan terasa berat beberapa hari sebelum haid kamu.
  • Ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Wanita yang mengalami PMS mempunyai tahap serotonin yang rendah dan ini menyebabkan perubahan emosi dan menjadi agak pemarah.
  • Kekurangan vitamin. Sekiranya kamu tidak mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin A dan B seperti sayuran hijau dan kuning, kamu boleh mengalami PMS. Vitamin ini menolong mengekalkan keseimbangan di dalam otak kamu.
  • Stres. Kurang tidur dan masalah emosi juga boleh menyebabkan PMS.


Sumber:KOTEX